
Mempunyai suara yang gemersik, Nubhan mengetengahkan irama Pop Melayu Moden dalam muziknya. Album sulungnya Langkah Nubhan telah dilancarkan pada bulan Disember 2010 dengan beberapa lagu hit seperti Oh Juwita, Seadanya Aku, Aku Atau Dia dan Mata Hati serta sebuah lagu mandarin “Ai Mei Chuo”
Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan sejak dari kecil lagi dan suka melihat kecantikan. Walaupun beliau merupakan seorang lelaki, sebagai selebriti beliau turut menjaga penampilan dan kesihatan dalaman dan luaran supaya sihat dan sentiasa kelihatan menarik dalam memenuhi jadual hariannya yang sentiasa sibuk. Dari situlah tercetusnya idea untuk mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan rumpai laut dan juga bahan-bahan terbaik untuk perawatan masalah kecantikan. Dengan izin Allah, alhamdulillah produk Juwita Divine telah dapat direalisasikan pada Oktober 2014 dan mendapat sambutan diluar jangkaan selepas produk ini ternyata berkesan dan mendapat kepercayaan rakyat Malaysia.
Kini produk Juwita Divine telah berkembang dari satu produk kepada empat produk dan khusus kepada masalah kecantikan kulit serta mendapat tempat dihati pengguna. Nama Juwita adalah bersempena dengan nama judul lagu dalam album pertamanya yang hit pada tahun 2010 serta menduduki semua carta-carta radio di seluruh Malaysia